Isnin, 23 September 2013


Apam Pisang Bungkus Dgn Daun Pisang

BAHAN-BAHANNYA:
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas - Sue guna pisang beragan
1 cawan gula halus atau gula perang - Sue kurangkan dlm 3 sudu besar sbb pisang dah manis
4 biji telur
1 cawan minyak masak
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bicarbonate
1/2 camca ovellet
Secubit garam, sikit esen pisang)

CARA MEMBUATNYA:
Panaskan air dalam kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih.
Gaul tepung bersama baking powder, kemudian ayak.
Lecek pisang bersama garam, ovellet dan soda bicarbonate hingga hancur, ketepikan.
Dalam satu bekas, satukan telur, gula dan minyak, kacau dengan whisk hingga pekat/ berkrim.
Masukkan pisang lecek, gaul rata dan masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul hingga sebati.
Masukkan esen pisang (jika guna), kacau rata dan tuang dalam acuan. Kukus selama 15 minit. Gunakan api sederhana besar.
Kalau guna daun pisang, potong daun mcm buat lepat, letak lima sudu dan bungkus mcm nasi lemak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan