ada org tanya.. eh awak beli kuah kacang satay hj samuri ke? [mcm tk percaya mngkin]
kita searching/eksperimen almost 1 minggu nk dpt kuah kcg mcm ni.. mmg dh lama cita2 nk kuah kcg yg ada sambal pedas goreng ni.. alhamdulillah hari ni kenduri di opis dorang x putus2 duk cakap sedap sgt .. jd kita sharing resipi kuah kcg ni kt sini yer..
SATAY KUAH KACANG SAMBAL CILI GORENG
By ~ ALeen Aireish
sumber ~ recipes house
Bahan-bahan :
400 gram daging / ayam (tanpa tulang) - dipotong kecik
1/2 sudu teh garam
40 gram gula
lidi sate - direndam dengan air
3 sudu besar minyak masak
1 batang serai - dititik utk merenjis sate
Bahan dikisar :
4 ulas bawang merah
2 cm kunyit hidup
2 biji buah keras
1 cm lengkuas
1/2 sudu besar ketumbar - disangai
1/2 sudu teh jintan manis - disangai
1/2 sudu teh jintan putih - disangai
2 sudu besar air asam jawa sederhana pekat
4 sudu besar santan ( ganti dgn susu cair pun boleh)
1 batang serai
Cara2 :
Perap daging / ayam dengan bahan kisar, garam dan gula selama 3 jam ( lebih elok diperap semalaman)
Cucuk daging / ayam pada lidi sate. Lebihan bahan perap dicampur dengan 3 sudu besar minyak masak dan renjis gunakan serai yang telah dititik semasa proses pembakaran sate.
------------------------------
sumber ~ yokmakan blogspot
SAMBAL CILI
1 genggam cili kering
3 bj bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 cawan air
sedikit asam air asam jawa
minyak menumis
Cara2 :
Bawang merah dan Bawang putih ditumbuk, cili digunting Serai dititik.
Goreng kesemua bahan ini dgn sedikit minyak hingga kekuningan dan tuangkan air kedalam kuali..renihkan sehingga cili kembali kembang dan kisar bahan ini halus.
Panaskan minyak dan goreng bumbu cili sehingga pecah minyak. Warna cili akan keperangan. Masukkan air asam jawa. setelah masak simpan bumbu cili semalaman. Cili akan bertukar menjadi merah keesokan harinya. [aleen x simpan pun pasal masak satay hari ni makan pun hari ni..tp tetap merah menyala warna nya]..
---------------------------
KUAH KACANG
500gm kacang tanah digoreng tanpa minyak hingga masak (buang kulit & tumbuk, blender pn blh tp jgn terlalu halus)
Bahan kisar :
4 ulas bawang merah.
3 ulas bawanh putih
2 inchi halia
1 batang serai
1 sudu makan jintan manis
1 sudu makan jintan putih
1 sudu makan udang kering
1 sudu makan ikan bilis
1 cawan santan cair
1/2 cawan air asam jawa.
minyak menumis
garam dan gula
Cara2 :
Blender bawang merah,bwg putih halia, jintan manis ,putih, ikan bilis dan udang kering. Serai dititik. Goreng bahan2 ini dgn minyak yang banyak [agak2 nk tumis bahan] selama 10 minit.
Masukkan 1/3 bumbu/sambal cili dan kacang tanah yang dikisar dan kacau sebati. Tambahkan cili lagi jika ingin pedas.
Masukkan santan dan air asam jawa.dan perasakan dengan garam dan gula (seeloknya gula merah). masak agak pekat sedikit.. jika terlalu pekat blh lah tambah air panas sesuaikan rasa.. dh masak hidangkan bersama dgn satay
Dihidangkan bersama dengan :
- Nasi impit
- timun
- bawang
TIPS KENAPA LIDI PERLU DIRENDAM DALAM AIR :
Tujuan nya supaya semasa proses membakar satay lidi tk turut terbakar.
SELAMAT MENCUBA !!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan