Talam Marble
1 bungkus (100 g) tepung hoen kwe putih
1 cawan (250 ml) pati santan ( kalau suka lebih lemak boleh lebihkan santan tapi pastikan santan + susu cair + air = 3 cawan)
1 cawan air
1 cawan susu cair
3/4 cawan gula (boleh kurangkan - sy guna lebih skit jer dari 1/2 cwn)
Secubit garam
2 sudu besar serbuk koko + 2 sudu besar air panas (bancuh)
Satukan semua bahan kecuali koko dan masak di atas api sederhana sambil dikacau setiap masa hingga pekat dan naik wap. Angkat dan bahagikan kepada dua bahagian. (Kena cepat yer..sebab adunan cepat mengeras). Satu bahagian dibiar begitu sahaja dan satu bahagian lagi dicampur dengan bancuhan koko. Masukkan adunan putih dan coklat berselang seli ke dalam acuan. Kukus lebih kurang 20-30 minit hingga masak. Sejukkan sebelum dipotong..
Adunan ni dapat skit jer sebenarnyer..kalau nak talam yg lebih besar gandakan resipi ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan