Jumaat, 29 November 2013

Mayonis Nasyatilla

By Suhaida Hashim on Thursday, November 21, 2013 at 10:02pm
Mayonis Nasyatilla

Mohd Asri Hj Zainal 4 ulasanEmail ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Assalamualaikum w.b.t

Insyaallah, kali ini saya ingin berkongsi resepi masakan yang saya pelajari sepanjang hidup di Maghribi ini. Mayonis Nasyatilla !

Bagi mereka yang suka jadikan mayonis ini sebagai makanan ruji lebih elok buat sendiri mayonis tersebut dari menghabsiskan duit beli berbotol-botol mayonis. Jimat !

Bismillah.

Bahan-bahan yang diperlukan :

1. Telur 2-3 biji. (Bilangan telur tertakluk pada bilangan orang yang nak makan. Kalau setakat nak dicampurkan dengan coleslow sebiji telur pun cukup).

2. Garam. (Ikut kuantiti telur. Jika 1-2 telur kuantiti garam hanya suku sudu teh)

3. Gula, 1 sudu teh kecil.

4. Cuka, 4-5 sudu besar.

5. Minyak masak, 3-4 cawan.

Cara-cara nak buat :

1. Mulakan dengan bismillah. Itulah rahsia penyedap !

2. Basuh telur, pastikan tiada najis-najis ayam yang terletak dikulit telur.

3. Pecahkan telur dan terus masukkan didalam mesin pengisar (Blender).

4. Masukkan garam.

5. Masukkan gula.

6. Kemudian masukkan cuka. Anda semua boleh tentukan tahap kemasaman mayonis. Jika tidak suka terlalu masam, kurangkan cuka !

7. Masukkan 3 sudu minyak untuk permulaan. Sebenarnya yang membuatkan mayonis ini likat adalah minyak. Sebab itu, kadar kolestrol mayonis ini tinggi. Kolestrol= Sakit Jantung.

8. Kisar semua bahan-bahan tadi.

9. Setiap 1 mini anda kisar, anda perlu masukkan sedikit demi sedikit minyak. Supaya ianya menjadi likat.

10. Apabila sudah likat, rasa pun sedap dah boleh hidang mayonis tersebut dengan apa-apa makanan.

11. Pastikan , Alhamdulillah itu menjadi penutup kepada aktiviti masak anda.

Selamat mencuba !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan