Isnin, 12 Mei 2014

KUEH LAPIS MARBLE

Bahan A:
1 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung kastad
1/2 cawan gula
3 cawan santan
1 s/k garam

Bahan B
1 s/k coklat pes/emulco ]
1 s/k serbuk koko ] bancuhkan dan tapis
1/4 cawan air suam ]


Bahan C
1/4 cawan air suam

Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Tambahkan bahan B dalam 1 adunan. Kacau rata.
4. Biarkan warna asal dalam 1 bahagian adunan dan campurkan bahan C . Kacau rata.
5. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang saiz 8 inci bulat yg akan digunakan.
6. Masukkan 1 senduk adunan koko dan kukus selama 5 minit.
7. Lapiskan 1 senduk adunan asal dan kukus semula selama 5 minit.
8. Lapiskan adunan koko dan warna asal berselang seli sehingga adunan habis.
9. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan