Khamis, 12 Jun 2014



Som tam ~ green papaya salad....pedas menyengat, masam, manis, semua ada...penambah selera

Resepi (tahrunnusa jali)
2, 3 biji cili api
2 ulas bawang putih
1/2 biji @ sebiji betik muda (sagat memanjang)
1/2 batang carrot (sagat memanjang)
kacang panjang (ptong dlm 3@4cm)
tomato 1 biji atau tomato ceri pun boleh
udang kering sedikit
perahan limau nipis
sos ikan (nam pla)
gula kabung (dicairkan (pekat) atau gula putih
ajinomoto (optional)
udang segar (bakar)
2 sudu kacang tanah di goreng tanpa minyak (nak tumbuk kasar pun boleh)

cara-cara
betik muda dan carrot di sagat memanjang atau diracik dan potong memanjang, kacang panjang dipotong serta tomato dipotong 6
tumbuk bawang putih dan cili api
masukkan udang kering, perahan limau nipis, sos ikan dlm 1 sudu, gula kabung yang dicairkan dan agak pekat dlm 2 sudu, ajinomoto..serta masukkan kacang panjang tumbuk ala2 manja je, jgn smpai lumat
masukkan dlm bekas agak besar campurkan semua sekali..ejas rasanya.siap..SELAMAT MENCUBA..
— with Fatimah Sa'at.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan