Mohon izin pada yang empunya resepi, semoga anda sentiasa dirahmati....blog ini bukan mencari publisiti tapi sekadar catatan resepi untuk simpanan saya sekeluarga....nak salin dalam buku makan masa yang lama...maka saya mengambil anisiatif untuk simpan dalam blog peribadi.....terima kasih..
Isnin, 16 Mac 2015
ROTI LIPAT
Roti Lipat,,
Bahannya..
1 1/2 cwn tepung gandum,
1 sdb susu pekat manis
1/2 sdb marjerin,
1/2 sdk garam,
1 sdk yis kering,( campurkan dengan 1/3 cwn air dan 1/2 sdb gula)
Air secukupnya..
Campurkan semua bahan kering kemudian masukkan yis dan ramas dengan tangan.. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit.. Dan uli hingga menjadi doh... Uli dlm jangkamasa setengah jam.. Kemudian rehatkan dan tutup bekas dengan kain lembab..
Sewaktu doh direhatkan.. Buat step kedua iaitu inti..
Bahannya..
2 bj bwg merah..( dicincang)
2 ulas bwg putih (dicincang)
2 sdb serbuk kari
1 sdk cili kisar
4 biji kentang didadu
Caranya panaskan kuali dan tumiskan bwg .. Setelah itu masukkan cili kisar dan serbuk kari.. Kacau sebentar kemudian masukkan 1/2 cwn air dan kentang..tutup kuali dengan tudung periuk dan biar hingga kentang empuk.. Dan perasakan dengan garam dan gula... Siap kemudian sejukkan..
Cara 3
ambil doh tadi. Kemudian uli hingga menjadi saiz asal sebelum kembang..bahagi bahagikan menjadi bentuk bola dalam 12 biji..
Ambil sebiji bola dan masukkan dlm tepung gandum dan kemudian canaikan macam buat karipap.. Masukkan inti dan terus lipat mcm roti canai... Tepungkan pinggan atau tudung periuk sebelum letakkan roti lipat yang sudah siap dimasukkan inti..buat sampai habis supaya roti lipat ada masa untuk kembang..
Cara goreng..
Panaskan kuali tanpa minyak dan setelah itu terus goreng roti lipat diatas kuali,goreng sebelah dulu kemudian terbalikkan.. ( kena pantas) kemudian tegakkan dan goreng bahagian tepi setiap sudut..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan