Mohon izin pada yang empunya resepi, semoga anda sentiasa dirahmati....blog ini bukan mencari publisiti tapi sekadar catatan resepi untuk simpanan saya sekeluarga....nak salin dalam buku makan masa yang lama...maka saya mengambil anisiatif untuk simpan dalam blog peribadi.....terima kasih..
Khamis, 19 September 2013
1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil yis
7-8 sudu besar gula
1 cawan air
1 cawan santan
1 biji telur - untuk mengelakkan melekat pada kuali, jika non stick pan takyah masukpun tak apa
Cara-cara
campurkan semua bahan kecuali santan, gaul rata dan perap selama 2-3 jam
masukkan santan dan gaul lagi
panaskan kuali dan griskan minyak pada kuali, ambil 1 senduk adunan dan lenggangkan seperti membuat kuih ketayap
jika memakai non stick pan tak perlula gris minyak,
tutup apam lenggang dgn tudung periuk, bakar dengan api perlahan lebih kurang 2- 3 minit, bila dah kekuningan bolehla di keluarkan dari kuali dan di lipat dua
Tiada ulasan:
Catat Ulasan