![](https://fbcdn-sphotos-d-a.akamaihd.net/hphotos-ak-prn2/1473034_773693182657255_85142097_n.jpg)
kuih buah peria @ kuih angko
Normey Khairiah
Bahan2 kulit
2 cwn tepung pulut
1/2 cwn tpg beras
air secukupnya
perwarna merah dan hijau kalau nk warna kuning pun boleh ikut citarasa.
sedikit minyak masak untuk lumurkan pada kuih selepas dikukus.
cara membuatnya
-Gaulkan tpg pulut dan tepung beras hingga sebati, mcm nk buat kuih onde2 @ kuih buah melaka,
Bahan2 inti
-1 cwn kacang hijau di rendam hingga kembang, kalau nk guna kacang merah pun boleh.
- 1/2 cwn gula
- 2 Sdb gula merah.
Cara membuatnya
- Rebus kacang hingga masak, sampai kering air
- masukan gula dan gula merah
- kacau hingga air gula kering, sejukkan.
- Bila dah sejuk kepal2 memanjang inti dia.
- Ambil sedikit doh dan balut inti macam nk buat kuih cek mek molek.
- bentukkan corak atas dia menggunakan hujung sudu.
- letak dalam pengukus, sebelum letak kuih dalam pengukus lapikkan pengukus dengan plastik supaya kuih tidak melekat antara satu sama lain.
- kukus selama 15-20 minit.
- setelah masak lumurkan minyak masak supaya tidak melekat.
- Tunggu sejuk baru boleh makan.Selamat mencuba....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan