Roti Paun @ Paung Sumber: Koleksi Resepi Pilihan Diana
Bahan-bahannya (dpt 18 biji....bergantung pd saiz )
6 cawan tepung gandum - guna tepung roti
1 ¾ cawan susu cair/ susu segar
¾ cawan gula halus
1 paket (11 gm) yis
3 biji telur
¼ cawan mentega, dicairkan - pakai marjerin je...
sedikit pewarna kuning - sy tak letak
Cara-caranya
utk breadmaker:
1. Campurkan susu cair/ susu segar, telur, gula . Kacau sehingga sebati.
2. Kemudian campurkan mentega yang telah dicairkan dan sedikit pewarna kuning.
3. Masukkan tepung kedalam bread machine dan yis, pilih doh setting. Selepas 1.30 jam doh akan siap.
4. Keluarkan dan tumbuk buang angin.
5. Kemudian ambil setiap doh adunan seberat 80 gram dan bentukkan bulat.
6. Sapukan loyang bulat 8 inci dengan mentega dan susun doh yang telah dibulatkan ke dalam loyang.
7. Perap lagi doh sehingga ia naik dua kali ganda.
8.Setelah doh naik letakkan sapu dgn susu cair dan letak sedikit mentega diatas doh roti.
9.Bakar dalam ketuhar pada suhu 160 – 170’C selama 20 minit sehingga ia kekuningan.
10.Sapu dgn marjerin bila roti dah masak supaya berkilat.
Selamat mencuba
Fatimah Jusoh
Paung panas :
1 1/2 cawan gandum
1 gelas air suam
1 sudu teh yis kering
( bahan di atas disatukan dan digaul sampai tak bergentel. Perap lebih kurang 2 jam.. Akan kembang dan mcm berbuih )
4 1/2 cwn gandum
2 biji telur
1 cawan gula
3 sudu besar marjerin planta
Mentega dan gula dikacau sebati..saya guna senduk je tadi. Masukkan telur..kacau lagi...Masukkan adunan yis..kacau sebati dan masukkan tepung...kacau sebati..ulilah sekejap. Adunan ni agak lembek ya. perap hingga kembang. naik 2x ganda. Lepas tu bentukkan dalam loyang. Biar kembang sekali lagi. Bakar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan