Isnin, 16 Mac 2015

Bubur Sum-sum


Bahan-bahan ( dapat 1 loyang.. )
1 cawan tepung beras
3 cawan santan
secubit garam
untuk air gula:
2 buku gula melaka
1 sudu besar gula merah (untuk nampak warna air gula pekat sedikit)
2 sudu besar gula pasir
air secukupnya (bergantung kepada kepekatan air gula)
3 helai daun pandan. (untuk mewangikan air gula)
Cara-cara

Masukkan tepung beras, secubit garam n santan kedalam periuk.
Kacau perlahan2, menggunakan api yg kecil. Kacau sehingga ligat @ pekat.
Bila da ligat, masukkan kedalam loyang. Sejukkan.
Untuk air gula, campurkan kesemua bahan n biar mendidih @ sehingga gula melaka n gula merah larut.
Setelah siap,tapiskan air gula tersebut.
Sedia untuk dimakan.

MEE GORENG BASAH


Bahan-bahan
• 1 bungkus mee kuning
• 4 biji bawang merah ditumbuk
• 2 ulas bawang putih ditumbuk
• ½ inci halia ditumbuk
2 ekor sotong di potong bulat
12 ekor udang
200 gram isi kerang yang telah direbus
2 pokok sawi pak choy
taugeh
2 sb cili boh
2 sb minyak masak
1/2 sb sos tiram
4 sb sos tomato
1/2 sb kicap pekat
3 cawan air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara membuatnya
1.Panaskan minyak. Tumis semua bahan yang ditumbuk hingga naik bau. Masukkan cili boh dan tumis hingga pecah minyak.
2.Masuk sos tomato,sos tiram,kicap pekat, air dan kacau sehingga mendidih.
3.Masukkan udang, sotong dan kerang tunggu sehingga masak. Kemudian perasakan dengan garam dan gula ikut selera masing-masing.
4.Masukkan mee kuning dan gaul sebati. Masukkan pula sawi. Kalau nampak air mcm dah kering atau tak cukup basah boleh tambah lagi sedikit air.
5.Kecilkan api dan masukkan taugeh. Kemudian gaul mee supaya sebati. Apabila semua perasa dah meresap dalam mee, tutupkan api. Dan terus pindahkan mee ke dalam pinggan

ROTI LIPAT


 

Roti Lipat,,
Bahannya..
1 1/2 cwn tepung gandum,
1 sdb susu pekat manis
1/2 sdb marjerin,
1/2 sdk garam,
1 sdk yis kering,( campurkan dengan 1/3 cwn air dan 1/2 sdb gula)
Air secukupnya..
Campurkan semua bahan kering kemudian masukkan yis dan ramas dengan tangan.. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit.. Dan uli hingga menjadi doh... Uli dlm jangkamasa setengah jam.. Kemudian rehatkan dan tutup bekas dengan kain lembab..
Sewaktu doh direhatkan.. Buat step kedua iaitu inti..
Bahannya..
2 bj bwg merah..( dicincang)
2 ulas bwg putih (dicincang)
2 sdb serbuk kari
1 sdk cili kisar
4 biji kentang didadu
Caranya panaskan kuali dan tumiskan bwg .. Setelah itu masukkan cili kisar dan serbuk kari.. Kacau sebentar kemudian masukkan 1/2 cwn air dan kentang..tutup kuali dengan tudung periuk dan biar hingga kentang empuk.. Dan perasakan dengan garam dan gula... Siap kemudian sejukkan..
Cara 3
ambil doh tadi. Kemudian uli hingga menjadi saiz asal sebelum kembang..bahagi bahagikan menjadi bentuk bola dalam 12 biji..
Ambil sebiji bola dan masukkan dlm tepung gandum dan kemudian canaikan macam buat karipap.. Masukkan inti dan terus lipat mcm roti canai... Tepungkan pinggan atau tudung periuk sebelum letakkan roti lipat yang sudah siap dimasukkan inti..buat sampai habis supaya roti lipat ada masa untuk kembang..
Cara goreng..
Panaskan kuali tanpa minyak dan setelah itu terus goreng roti lipat diatas kuali,goreng sebelah dulu kemudian terbalikkan.. ( kena pantas) kemudian tegakkan dan goreng bahagian tepi setiap sudut..

Kuih Bakar Pandan Berbijan


Bahan2 Nya :
3 biji telor
1 cawan gula
2 Sudu Mkn minyak Msk
1 sudu teh pewarna hijau
1 sudu teh perisa pandan
2 cawan stgh tepong gandum
1 cawan santan segar
2 cawan Air

√√ Blend halus2 kesemua bahan2 d atas..
√√ Glaze Loyang dgn Minyak Msk
√√ Curah Adunan & Taburkan Bijan Rata2 ..
Bakar Api Atas Bawah 190°c selama 1jam 15mnt ikot oven masing2 ya
√√ Selamat Mencuba !

SHUKULATE' MOIST CAKE


BAHAN-BAHAN KEK
*1cawan gula
*1cawan serbuk koko (apa2 jenama, lagi mahal lagi sedap)
*1cawan minyak (minyak jagung/minyak masak/minyak matahari)
*1cawan susu cair
*1/2 cawan susu pekat
3biji telur
1 sudu kecil esen vanila (atau 1 penutup)
1 1/2 cawan tepung gandum ( kalau boleh guna lah tepung tanpa peluntur tu)
1 sudu kecil soda bicabonate
1 sudu kecil baking powder
CARA-CARA
Semua bahan yang bertanda * masak atas api yang kecil.kacau sampai gula larut dan sebati bersama. lepas tu tunggu adunan tu sejuk seketika baru masukkan ke dalam blender or mixer .. then mix kejap . then masukkan 3biji telur .. mix lagi .. pastu masuk esen .. masukkan tepung .. masukkan soda bicabonate & baking powder .. sebelom tu panaskan pengukur tu dulu yer .. hehe sediakan acuan yang digris dgn majerin or butter . kukus 45mnit atau hingga masak .. nak tau masak x cucuk dgn lidi tau ..
TOPPING
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 minyak jagung
selamat mencuba

KEK ASAM MANIS KUKUS BISKUT MERRIE


Bahan2:
1 gelas gula halus 
1/2 gelas susu pekat manis
2 gelas tepung biskut marie yg telah dikisar halus
1 ketul buttercup
5 biji telur (asingkan putih dan kuning)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla
coklat asam hawflakes secukupnya
pewarna yang disukai (merah, kuning, hijau)

Caranya:-
*panaskan kukusan, lenser loyang kek dgn sedikit mentega dan tepung ketepikan.. 
1. pukul gula dan butter sampai kembang.
2. masukkan telur kuning satu persatu sambil terus memutar, masukkan susu pekat, putar rata, kemudian perlahankan kelajuan pemutar dan masukkan tepung biskut marie sikit2 sampai habis- kacau sebati, ketepikan.
3. dalam bekas berasingan pukul putih telur sehingga kembang dan jadi 'meringue'- petua: tanda dah jadi meringue, colet dgn hujung jari nanti dia akan nampak bentuk tirus je.. bila dah jadi 'meringue' tu barulah dimasukkan ke dalam adunan no.2 tadi dan gaul sebati dgn spatula dengan cara kaup terbalik.
4. kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian ikut warna yang di sukai.Cth: tuang adunan merah dlm empat sudu besar dan susunkan asam hawflakes diatasnya, kukus 5-7minit, keluarkan, kemudian ulang lagi setiap langkah yang sama dengan selang seli adunan yg berlainan warna sampai habis, lapisan akhir sekali hendaklah dikukus selama 1jam agar kek lapis ni benar2 masak.
Bahan2: 1 gelas gula halus 1/2 gelas susu pekat manis 2 gelas tepung biskut marie yg telah dikisar halus 1 ketul buttercup 5 biji telur (asingkan putih dan kuning) 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh soda bikarbonat 1 sudu teh esen vanilla coklat asam hawflakes secukupnya pewarna yang disukai (merah, kuning, hijau) Caranya:- *panaskan kukusan, lenser loyang kek dgn sedikit mentega dan tepung ketepikan.. 1. pukul gula dan butter sampai kembang. 2. masukkan telur kuning satu persatu sambil terus memutar, masukkan susu pekat, putar rata, kemudian perlahankan kelajuan pemutar dan masukkan tepung biskut marie sikit2 sampai habis- kacau sebati, ketepikan. 3. dalam bekas berasingan pukul putih telur sehingga kembang dan jadi 'meringue'- petua: tanda dah jadi meringue, colet dgn hujung jari nanti dia akan nampak bentuk tirus je.. bila dah jadi 'meringue' tu barulah dimasukkan ke dalam adunan no.2 tadi dan gaul sebati dgn spatula dengan cara kaup terbalik. 4. kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian ikut warna yang di sukai.Cth: tuang adunan merah dlm empat sudu besar dan susunkan asam hawflakes diatasnya, kukus 5-7minit, keluarkan, kemudian ulang lagi setiap langkah yang sama dengan selang seli adunan yg berlainan warna sampai habis, lapisan akhir sekali hendaklah dikukus selama 1jam agar kek lapis ni benar2 masak.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin
Bahan2: 1 gelas gula halus 1/2 gelas susu pekat manis 2 gelas tepung biskut marie yg telah dikisar halus 1 ketul buttercup 5 biji telur (asingkan putih dan kuning) 1 sudu teh baking powder 1 sudu teh soda bikarbonat 1 sudu teh esen vanilla coklat asam hawflakes secukupnya pewarna yang disukai (merah, kuning, hijau) Caranya:- *panaskan kukusan, lenser loyang kek dgn sedikit mentega dan tepung ketepikan.. 1. pukul gula dan butter sampai kembang. 2. masukkan telur kuning satu persatu sambil terus memutar, masukkan susu pekat, putar rata, kemudian perlahankan kelajuan pemutar dan masukkan tepung biskut marie sikit2 sampai habis- kacau sebati, ketepikan. 3. dalam bekas berasingan pukul putih telur sehingga kembang dan jadi 'meringue'- petua: tanda dah jadi meringue, colet dgn hujung jari nanti dia akan nampak bentuk tirus je.. bila dah jadi 'meringue' tu barulah dimasukkan ke dalam adunan no.2 tadi dan gaul sebati dgn spatula dengan cara kaup terbalik. 4. kemudian bahagikan kepada beberapa bahagian ikut warna yang di sukai.Cth: tuang adunan merah dlm empat sudu besar dan susunkan asam hawflakes diatasnya, kukus 5-7minit, keluarkan, kemudian ulang lagi setiap langkah yang sama dengan selang seli adunan yg berlainan warna sampai habis, lapisan akhir sekali hendaklah dikukus selama 1jam agar kek lapis ni benar2 masak.

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

RESEPI KEK MINYAK

5 biji telur
3/4 cawan gula halus ~ 160 gm
2 cawan tepung gandum ~ 300 gm
1 sudu teh baking powder
1 cawan susu pekat ~ 300 gm
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak masak ~ 200 gm
perasa nenas atau pisang
1 sudu teh esen vanila
Pewarna


Satukan tepung dan baking powder kemudian di ayak, ketepikan
Dalam mesen pemutar, Pukul telur bersama gula dan ovallate hingga kembang dan gebu.
Masukkan susu pekat dan esen vanila dan  pukul sebati
Masukkan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi hanya sekadar untuk adunan bergaul rata.
Akhir sekali masukkan tepung gandum yang telah di ayak.
Kaup balik adunan dengan spatula hingga rata
Bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bekas
Letakkan pewarna dalam setiap bekas mengikut kesesuaian
Gaul rata
Sediakan loyang 8 inc
Lapik dasar loyang dengan kertas minyak dan sapukan butter.
Tuangkan adunan berselang seli warna secara lingkaran hingga habis
Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal
Suhu 170 C bergantung kepanasan oven masing-masing
Bakar selama 45 minit ~ 60 minit
Lepas 45 minit cucuk dengan lidi, jika ia keluar licin bermakna kek telah di bakar sempurna. Jika masih basah, tutup permukaan kek dengan kertas aluminuim dan bakar semula hingga ia masak sempurna
Keluarkan daripada ketuhar setelah kek masak dan letakkan atas redai
Potong kek setelah sejuk sepenuhnya.