Rabu, 16 Oktober 2013

Photo: RESEPI NASI KANDAR PULAU PINANG: DAGING MASAK ITAM MAMAK PENANG.
Assalamualaikum, ramai balik dah dari kampung setelah merayakan hari  raya aidil adha, ada juga bawa bersama kasih sayang dan tidak lupa pula dibekalkan dgn daging korban oleh orang yang dikasihi. Ini kehebatan org kampung yg setiap kali anak-anak berkunjung dibekalkan bahan-bahan masakan atau buah-buahan dan makanan utk anak-anaknya sebagai balsan tanda kasih. Budaya ini tidak ada pada kaum lain dan tidak faham simpulan bahasa Melayu, "Orang beri kita merasa, orang berbudi kita balas". Inilah peribadi yg tinggi dan luhur warisan Melayu yg perlu disanjungi. Oh..sebenar ramai yg pm tanya resepi daging masak itam ini. Maka terpaksalah mamak haji sekali buat posting utk yang pertama sekali kunjung sini.
Resipi: Daging Masak Itam Nasi kandar Pulau Pinang.
Bahan-bahan :
1 kg  Daging (dipotong hiris mengikut urat daging jadikan 14 keping).
2 biji  Bawang labu besar  belah dua baeang memanjang , dihiris memanjang untuk semua masakan nasi kandar) .
100 gm Rempah kari Daging ( dari bungkusan 250gm).
1/2 sudu kecil (tsp) serbuk Jintan Putih.
1/2 sudu kecil Serbuk (tsp)  Jintan Manis
1/2  sudu kecil (tsp) Serbuk Kas-kas ( tidak kemestian).
1 sudu kecil (tsp) Garam Masala.
100gm Cili Giling (tersedia jual)  atau mengikut kepedasan anda inginkan.
4 sudu besar (tbsp) sos cili.
2 sudu besar (tbsp) sos tomato.
1 sudu besar (tbsp) gula pasir.
7 sudu besar (tbsp) Kicap Pekat Mee (tamim amat sesuai) atau sesuaikan warna yang dikehendaki. Sekiranya kuantiti masakan yang besar gunakan kramel kicap (kramel tidak punyai kemasinan).
Garam secukup rasa.
Bahan untuk kisar / Tumis:

2 biji bawang labu besar dikisar dan asingkan ia digunakan sebagai kuahnya)
2 sudu besar pes halia bawang putih.
1 batang serai di ketuk di pangkal.
2 helai daun pandan di potong 3" .
2 tangkai daun kari.
2 kpg. Kayu manis is + 5 buah pelaga + 4 bunga lawang + 8 cengkih.
2 senduk Minyak masak.
CARA PENYEDIAAN:
1. Bersihkan daging dan rebus daging sehingga empuk (cuba carikan daging sekiranya senang dicarik ; daging telah lembut dan sedia). Sekiranya menggunakan daging  segar, daging ini tidak perlu direbus dahulu.Tentukan air rebusan daging tidak dibuang. Paras air daging semasa rebus perlu diberi perhatian, jangan sampai daging hangus kerana paras air yang terlalu rendah. Simpan air daging (stok) ini untuk jadikan kuahnya.
-2. Panaskan kuali dan masukan minyak masak. Apabila minyak panas, m asukan campuran kayu manis, Buah pelaga, cengkih, bunga lawang , daun pandan,  dan serai. Goreng hingga ramuan ini mula keluarkan bau harum.
- 3. Masukan hirisan bawang kacau sehingga warna hirisan bawang bertukar keemasan.
- 4.Masukan pes halia bawang putih , dikuti dengan bawang kisar. Tumis sehingga bahan-bahan ini keluarkan bau harum.
- 5. Masukan bahan kisar cili /cili giling kacau rata atau serbuk cili. Selepas 3-4 minit masukkan air rebusan daging dan daging. Kacau rata.
- 6. Masukkan serbuk kari , sebuk jintan putih, jintan manis, kas-kas, garam masala.
- 7. Masukkan serbuk kari, Jintan Putih, jintan manis , kas-kas dan kicap pekat mee. Kacau rata dan biarkan mendidih sehingga kuahnya menjadi pekat.
- 8. Kecilkan api dan  masukan 1 sudu besar gula pasir. Masukan garam secukup rasa (awas dengan kemasinan kicap tersedia ada). kacau rata. padamkan api. Keluarkan dari kuali dan hidangkan. Taburkan daun pudina dan bawang goreng di atas dan sedia untuk hidangan. Selamat mencuba.

Daging Masak Itam Nasi kandar Pulau Pinang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan