Mohon izin pada yang empunya resepi, semoga anda sentiasa dirahmati....blog ini bukan mencari publisiti tapi sekadar catatan resepi untuk simpanan saya sekeluarga....nak salin dalam buku makan masa yang lama...maka saya mengambil anisiatif untuk simpan dalam blog peribadi.....terima kasih..
Jumaat, 13 September 2013
resepi kek karemel
bahanA
2 sudu besar gula (untuk buat gula hangus tabur dalam loyang dan masak atas api perlahan....biar gula hancur dan bertukar warna jadi perang
bahanB (karamel)
1/2 tin susu cair FN (boleh tambah kalau nak karemelnya tebal sikit)
70gm gula castor
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji kening telur (kalau tambah susu cair tambah le juga kuning telurnya)
bahanC (kek)
140 gm tepung gandum
70gm gula castor
3biji kuning telur
135ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak
bahanD (merinque)
6 biji putih telur
70gm gula castor
1 sudu teh krim of tartar
cara buat
1. siapkan bahan A dan biar sejuk dalam loyang
2. kacau semua bahan B perlahan2..jgn sampai berbuih..nanti x jadi karamelnya.
3. masukkan B tadi dalam loyang gula hangus.
4. pukul bahan C
5.pukul bahan D sampai jd kembang dan bila kita angkat mixer adunan tidak jatuh
6.campurkan adunan C + D dan gaul dengan senduk hingga sebati
7. bahagikan beberapa bahagian dan warna ikut suka....
8. masukkan dalam louan tadi berselang seli warnanya
9. bakar dengan cara double boiling selama 40 minit suhu 170
10. bila masak kuarkan dr oven...restkan 10 min....atau hinggaa tepi loyang lekang....terbalikkan deng berhati2.....(tutup dengan bekas kek atau pinggan leper pada loyang tu pastu terbalikkan)....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan