Sabtu, 28 September 2013


KEK LAPIS KEJU~~~~~~maisarah
A
125 gm cream cheese
200 gm butter
1/2 cwn susu pekat
20 gm parmesan cheese

B
6 biji telur A
1/4 cwn gula kastor
200gm tepung hongkong
1 sudu besar ovalette
1 sudu kecil esen vanila
60ml air ais

C
chocolate chips/hawflakes (di hancur kasar) secukupnya

1. Pukul bahan A hingga berkrim.
2. Dalam bekas lain, pukul bahan B hingga kembang & pekat selama 10 minit.
3. Kemudian satukan bahan A dan B. Putar lagi dengan kelajuan perlahan hingga sebati.
4. Bakar/grill lapis demi lapis. Mulakan dengan lapisan pertama ratakan..kemudian taburkan coklat chips/hawflakes dan bakar/grill menggunakan api atas sahaja (suhu 180C-200C) selama lebih kurang 5 minit (tetapi bergantung juga pada jenis oven masing-masing. Jika cepat panas, masa membakar boleh dikurangkan dan begitu juga sebaliknya). Setelah itu, keluarkan loyang dari oven, dan tekan lapisan kek dengan menggunakan penekan kek atau alat lain yang besesuaian. Kemudian lapiskan lagi dengan adunan seterusnya. Ulangi proses hingga habis lapisan.
5. Setelah habis membakar semua lapisan, bakar untuk keseluruhan kek selama 5-6 minit dengan suhu 160C (api atas dan bawah).
6. Sejukkan kek sebelum dipotong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan