Mohon izin pada yang empunya resepi, semoga anda sentiasa dirahmati....blog ini bukan mencari publisiti tapi sekadar catatan resepi untuk simpanan saya sekeluarga....nak salin dalam buku makan masa yang lama...maka saya mengambil anisiatif untuk simpan dalam blog peribadi.....terima kasih..
Jumaat, 4 Oktober 2013
APAM BALIK
Resipi:Isma Maisarah
minta Izin Copy Paste dan Share kat sini ya ..
Bahan:
2 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil pewarna kuning
1 biji telur
1 1/2 cwn air
Bahan inti:
Kacang tanah (yg telah digoreng dan di blender)
Jagung krim (dlm tin)
Gula
sedikit mentega/marjerin
Cara2:
1. Pukul telur bersama gula hingga kembang, kemudian masukkan soda bikarbonat, baking powder, air & pewarna kuning. Pukul hingga sebati.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, pukul lg hingga adunan x berketul..
3. Panaskan kuali, sapukan sedikit mentega pada kuali, klu gunekan kuali non stick x perlu sapukan mentega pada kuali
ambil 1 senduk adunan & ratakan.
Taburkan bahan inti di atasnye...tunggu hingga masak, kemudian lipat 2. Kemudian sapu sedikit marjerin kat atas apam yg telah masak tadi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan