Mohon izin pada yang empunya resepi, semoga anda sentiasa dirahmati....blog ini bukan mencari publisiti tapi sekadar catatan resepi untuk simpanan saya sekeluarga....nak salin dalam buku makan masa yang lama...maka saya mengambil anisiatif untuk simpan dalam blog peribadi.....terima kasih..
Isnin, 7 Oktober 2013
Sedap murtabak ni..
MURTABAK MINI (resepi chef Maamon Hj Mohamad)
Bahan-bahan:
Minyak masak
6 ulas bawang merah (kisar)
4 ulas bawang putih (kisar)
3 sudu makan rempah kari (bancuh dengan air)
500 gm isi ayam
Sebiji ubi kentang (potong dadu)
Garam dan gula secukup rasa
Sebiji bawang besar (potong dadu)
2 biji telur (pukul)
Kulit popia secukupnya
Cara-cara memasaknya:
Tumis bawang merah, bawang putih dan rempah kari sehingga naik baunya.
Setelah naik baunya, masukkan isi ayam, kacau rata, kemudian masukkan ubi kentang, garam, gula dan air, biarkan sehinga mendidih.
Bila hampir mendidih, kacau seketika, selepas itu masukkan bawang besar, tutup api, masukkan telur kacau mesra dan biarkan sehingga telur separuh masak.
Ratakan kulit popia, kemudian letakkan sesudu ramuan tadi ditengahnya, sapu telur dibahagian kulit popia sebelum dilipat.
Setelah selesai, bakar atas kuali yang berminyak, sehingga masak.
Akhir sekali, dihidang untuk dinikmati
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan